Tuesday, February 8, 2011

mayday

esok iskandar masuk 6 bulan. owh rasa hati berbunga kerana berjaya menyusukan anak sendiri semalam 6 bulan secara ekslusif. ekslusif ke? dia sudah lama start makan macam-macam. kene cari apa definasi penyusuan susu ibu secara ekslusif.

sangat la ingin diduga yang maha esa kerana riak walaupun di dalam hati. tadi time nak mengepam baru sedar tertinggal tiub penyambung dari motor ke shield. seme benda bawak, tinggal tiub kecik panjang tu je la.

en suami kate pulang la ke rumah ambil tiub itu atau pergi rumah bs untuk direct feed. sudah sakit maka perah secara manual tanpa sebarang alat bantuan. biasa saya akan berusaha dapatkan at least 7oz tapi tadi dapat 5oz setelah berusaha lebih 30 min. dah la banyak salah target tak masuk botol.

oleh kerana sayang malas cari parking spot, tak sanggup pulang mengambil tiub atau ke rumah bs untuk direct feeding maka saya ke farmasi. jengah ke guardian, ini la yang dijumpai.


pergi ke farmasi baru di seberang guardian, ada 1 jenis sahaja. piegon at RM54.90. sempat lagi nak buat perbandingan harga tu. padhal dah terdesak. i bought the pureen manual, box tinggi tu.

bagus la pejabat ini banyak kedai untuk shopping bukan kerja di kilang yang jauh di ceruk. sempat makan di kayu sambil berfikir dan berdiskusi bersama wani dan nora. nak beli pam tu pun pikir sampai tiga ratus kali. memang patut pun orang beli susu lembu setiap minggu pejam mata bila ambil, jangan pikir panjang atau anak kurus kebulur.

sekarang tengah rendam dalam kapsul steril. petang nanti akan dicuba guna pam baru.


*sengaja nak pam baru ke sebenarnya? buat-buat tertinggal kat rumah*

0 comments: