Saturday, November 20, 2010

to the left. why?

kenapa iskandar gemar menyusu di sebelah kiri berbanding kanan? kadang-kandang boleh dia meraung-raung tak nak kanan, padhal tangki dah penuh sampai terpaksa pump walaupun bayi ada bersama. macam-macam yer kamu iskandar. peluang menjadi bayi yang manja memang tidak dilepaskan budak ini nampaknya. setelah melayari internet di waktu kerja kelapangan dan berdiskusi santai di kalangan keluarga, beberapa punca telah dikenal pasti. mari kita lihat lebih lanjut punca-punca kejadian.

1. selesa posisi itu
mungkin memang begitu fitrah dia. macam fitrah dia ketika dalam perut, tidak mahu kepala di bawah. lagi pun memang ada orang yang gemar tidur mengiring, sama ada kiri atau kanan. namun tidak dapat dipastikan sama ada ini punca dia suka mengiring ke kanan atau tidak memandangkan dia masih belum boleh berbicara.

2. kanan byk sgt susu
seperti yang telah dinyatakan, kadang-kadang memang sampai sangat penuh tangki kanan yang menjadikannya sangat tegang. maka susah untuk 'latch'. mungkin juga bila sudah penuh, kelancarannya jadi agak deras. memang pun kenkadang sampai tesedak dibuatnya. oleh itu, saya ada mengambil langkah kurangkan sedikit apabila sudah terlalu penuh. apabila lebih kurang 1oz dikeluarkan, baru diberi bayi. tapi kalau dia tak nak, buat gaya mana pun tak kene.

3. psychology
ini diutarakan oleh ainol. katanya menurut psychology, oleh kerana kedudukan jantung manusia di sebelah kiri, bayi akan rasa lebih tenang apabila mendengar degupan jantung ibunya. ala ala macam kembali ke zaman dalam kandungan.

4. tidak menghempap jantung
teori ini dikeluarkan oleh abah iskandar. katanya apabila mengiring ke kanan, jantung manusia tidak terasa terbeban. kita memang digalakkan tidur di posisi kanan seperti yang telah diriwayatkan. Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)

bijak anak syurga ini. alhamdulillah.

tapi kan, rasulullah s.a.w. hanya minum bahagian kanan dari ibu susuannya. maka sebenarnya dia tak ikut sunnah pun, ikut keselesaan. melainkan di malam hari, dia tak larat agaknya untuk protes, mana yang dihidang, itu yang diminum. namun kini, kadang-kadang saya akan membiarkan iskandar kekal baring di bahagian kanan berpangkukan bantal apabila tangki kanan sudah penuh dan tidak dapat dibendung lagi.

0 comments: