Monday, November 8, 2010

kenapa iskandar kurang menyusu?

Minggu lepas Iskandar tidak mahu menyusu seperti biasa apabila pulang ke rumah dari rumah pengasuhnya - dia tidak buka seperti biasa. Maka beberapa spekulasi telah terhasil. Mari kita lihat spekulasi-spekulasi tersebut.

1. Hidung tersumbat

Babies and even adult with blocked nose will face breathing difficulties. It will be even worse for babies due to their inability to blow or using any other method by themselves to remove the mucus.

Apabila tersumbat pernafasan akan dilakukan melalui mulut. Kalau nak menyusu dan bernafas serentak adalah meletihkan dan menjadi punca bayi ‘cranky’. Tapi spekulasi ini agak tidak berasa memandangkan iskandar mungkin hanya mengalami mild blocked nose from the sound of his breathing and he did not show any sign of discomfort. En hairul tired to let him breath the smell of vicks on his finger tips. Namun tiada perbezaan yang kelihatan.

Setelah berbicara bersama haniza, dia pun setuju ini bukan punca utama ketidak mahuan iskandar menyusu seperti biasa.

2. Kembung Perut

Ini adalah spekulasi oleh suami saya. Namun seperti item 1 di atas, perkara ini ‘being ruled out’ kerana sebab yang sama – no sign of discomfort.

3. Mahu Susu Lain

Owh ini amat mengecilkan hati saya yang sememangnya berbesar hati. Ia diutarakan oleh pengasuh iskandar yang turut berkongsi kerisauan melihat iskandar yang semakin kurang menyusu. Apabila saya kata malam pun dia sudah kurang minum – tiada lagi sesi berbuka puasa, yang disarankan oleh pengasuh itu ialah cuba susu formula yang banyak pilihan di pasaran. Adakah saya perlu mencuba apa yang disarankan? Saya telah mempertimbangkannya dan turut berdiskusi bersama abah iskandar. Abahnya pun seaakan reluctant. Namun ini masih kekal di dalam pertimbangan saya kerana tak kan nak biar anak kelaparan.

4. Kecil Hati

Ini dinyatakan oleh Oni iskandar. Ibu saya kata mungkin dia terasa kerana kerap ditegur gemuk dan sekaum dengannya. Sememangnya ada beberapa yang telah memberi tahu saya potensi kejadian ini selain oni iskandar, mereka termasuklah nora dan pengasuh iskandar. 'Owh budak bulat, jangan risau anda tidak gemuk yer. doktor pun kata awak sihat.'

5. Menjaga Hati

Haniza 'diagonsis' item ini. Kata haniza mungkin kerana iskandar kesian melihat mummynya penat balik kerja dan perlu terus menyusukan dia selama sejam dua. Rasanya saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata itu. Sudah pasti banyak kali terlintas dalam hati kenapa iskandar tidak menyusu di rumah pengasuh? Tak payah la buka puasa kalau siang dia tak puasa. Namun, seperti yang dikata Kak Nor - pengasuh iskandar, jangan ditegur pattern minum anak anda. Selagi dia mahu menyusu itu sudah bagus. 'Owh iskandar, tak pe la mummy penat. Ibu rela penat dari melihat awak susut mendadak. lagipun sekarang belum pindah rumah, bonda tak perlu masak dinner dan boleh mengelak kemas dapur. sila lah minum sepuasnya.'

6. Reverse Cycle

Jika dikaji semula artikel di kellymom.com, ini mungkin apa yang dikatakan sebagai reverse cycle.

Setelah seminggu, hari ini dia kembali biasa. Dia akan berbuka. Tapi, tidak lagi immediately apabila tiba di rumah. Dia sudah pandai tunggu sehingga magrib atau sebelum isya sebelum memulakan sesi yang sekarang hanya menjadi setengah jam or so dan immediately apabila tiba di rumah dia akan minum sedikit dahulu seperti biasa. Gaya macam orang buka - buka ala kadar, main meal comes later.

Alhamdulillah its getting better dia masih mahu direct feeding dan sesi berbuka sakan ditangguhkan sedikit kemudian dan bukan serta merta setelah tiba di rumah.

0 comments: