apabila petang jumaat, kemalasan menjengah yer. sepoi-sepoi weekend memanggil. marilah kita menaip.
few days back the little boy turns 3 months. me and my dear husband went to the UH to give him the following vaccine injection due. sangat segera pelaksanaan nurse itu. tak sampai 10minit pas amek nombor kami dipanggil dan segalanya tamat. abah iskandar pun tak sempat keluar dari elevated parking block tu lagi. tapi kan telupa nak mintak nurse tu timbang dia la. rasa-rasanya dah lebih 5kg berat dia.
anyway, lepas kene inject saya pun agak la berwaspada takut dia demam. tengok dia macam ok jer. maka lepas breakfast bersama suami saya, siap-siap masuk kereta nak ke rumah pengasuh itu. baru gerak 5 minit dah start meraung. berenti tepi jalan la yer jawabnya. even after menyusu pun dia meragam. try tukar lampin pulak, still meraung-raung. nak demam agaknya dia. maka pusing balik ke rumah la kami. oni iskandar offer to look after him. saya ok kan aja. belum pernah pun mak menjaga iskandar sendirian.
balik tu dia still meragam-ragam. saya sudah khuatir la kan. setelah didodoi-dodoi kurang la dia menangis. tapi bila letak dalam buai kuat la mejeritnya. sambung la mendukung dia - dari pagi bawak pergi hospital sampai kul 11 syik dukung sudah terasa bebannya. tetiba dia membuang. terus dia dah ok. itu rupernya punca meragam. bukan demam. alhamdulillah badan dia kuat, tak demam.
tapi, kenapa la iskandar masih kurang menyusu di siang hari? weekend ok jer tapi. tadi balik site meeting singgah kejap nak menyusukan iskandar. dia punya meraung macam kene makan ubat - belum penah bagi makan ubat pun except gripe water yang dia suka itu. memang tak minum siang ke budak ni? ke distracted bila di rumah pengasuh itu berjumpa rakan taulan?
kalau ikut cuti government bagi 90hari tu dah tamat pun, tempoh menyesuaikan diri dah tamat, tapi iskandar masih tidak menyesuaikan diri untuk minum botol. bagaimanakah? harus campur ke susunya? tapi dia langsung tak menunjukkan aksi kebuluran, masih bangun setiap dua jam di malam hari. dan sanggupkah saya tengok dia meraung dengan lebih dahsyat apabila membuang apabila selain susu ibu masuk digestion system dia? i am just praying hard when he finally starts eating solids, there would be more nutritions go through his system duirng the day.
0 comments:
Post a Comment